Sunday, 28 April 2013

Hanya air mata

Hari ini ...apa yang terjadi, apa yang dirasai, apa yang didengari, semuanya menguris hati..
Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang menyapa malah ada yang ketawa..
Interaksi mata, interaksi bahasa..tanpa suara, aku tahu apa jawabnya..
Kerana aku biasa dengan keadaan mereka....
Aku biasa menangis sepi tanpa bahasa..
Bila aku berlaku tidak sempurna, aku tahu aku salah di mata mereka
Bila aku berlaku sempurna, mereka rasa itu perkara luar biasa
Kadang-kadang aku selalu terasa kerana bukan apa..
Kernanya aku biasa kena pandang begitu rupa..
Aku selalu menganggap persepsi pertama mereka selalunya tidak kena
Kata aku.........................................



#CONFUSING





Semuanya semalam

Semalam muram.
Semalam suram.
Macam padam.
Macam diam-diam.
Hati kata jangan.
Jiwa kata biarkan.
Aku kata peduli la.
Jiwa sudah tersiksa kan.
Biarlah dia.
Sudah berkali aku kata.
Jangan cuba-cuba.
Kesabaranku tak dalam.
Bila aku mula mencuba.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja halangan di hadapan.
Adakah memangnya tiada ruang?
Adakah memangnya tiada masa?

Agak-agaknya aku harus begini...


#Do whatever you want.

Monday, 22 April 2013

#Cerita 1 VS #Cerita 2

#Cerita 1:      Hari ini hari Selasa. Semua orang rasa bahagia. Semua orang rasa selesa. Jeling sana, dia ketawa. Jeling sini, dia tayang gigi. Semuanya serba-serbi. Kemarin lain lagi. Ada yang cakap tak puas ati. Ada yang berdiam diri. Tak seperti hari ini. Semuanya senang hati. Dalam hatiku berkata "apakah mereka buang tabiat?".. Ah, itu cuma ilusiku. Tapi apa yang pasti, semuanya berseri-seri.


#Cerita 2 :  Hari ini ada c kawan kol. Pagi-pagi dah kol.."Just wish me luck". Si kawan berkata begitu. Apa lagi, saya balas, "Wish u luck my baby"..Walaupun wajahnya tiada di depan mata, namun hati kami tetap bersama. Muka kami tetap bersua...Kerana yang pasti .............


Sunday, 7 April 2013

My wish


#ILoveYou

Bisikan semalam

Semalam ketika hatiku berbisik
Jiwaku sedikit terusik
Urat-uratku seakan-akan digolek
Sakitnya hati tak terperi
Ketika dia memberi kata hati
Kata hati yang membuatkan aku rasa tak dihargai
Kata hati yang paling aku takuti

Apa yang pasti aku tetap berdiri
Apa yang pasti aku tetap teguh memegang jari
Takkan ku lepaskan
Takkan ku putuskan
Selagi tanganmu memegang erat tanganku
Selagi nafasmu menghembuskan nama cintaku
Selagi jam hidupmu berputar dalam riwayat cintaku.
Akan ku pegang segala janji.
Akan ku setia pada kata.

















Namun aku ingin kau tahu
Aku ingin kau tahu apa yang terbuku
Cinta itu milik kita
Masa itu milik kita
Rasa itu milik kita
Puisi cita itu milik kita
Syair rindu itu hak kita
Tapi nafas segala sesuatu itu hanya Tuhan yang tahu

Aku tiada kuasa untuk memetik bintang melangkau masa
Ku cuma layak bermadah kata
Kerana itu kuasa yang aku ada.