Saturday, 11 May 2013

Your women.

Jangan cepat marah jika perempuan banyak cakap.
Jangan marah jika perempuan banyak complain.
Jangan marah jika perempuan banyak cerewet.
Jangan marah jika perempuan banyak merajuk.













Tetapi, bersabarlah selagi kamu mampu.
Bersabarlah jika kamu betul-betul menyayanginya.
Bersabarlah jika kamu betul-betul rasa ingin memilikinya.
Bersabarlah wahai kaum Adam.
Kerana perempuan ini sebenarnya lembut hatinya.
Sensitif jiwanya.
Simpati sifatnya.
Cuma kadang-kadang di sebalik kelebihan (marah, merajuk dan panas baran kot ..hahhaha) yang anda nampak, dengar itu sebenarnya senjata untuk dia mengaburi kelemahan dirinya.
Kita jangan cepat mudah salah anggap KERANA




















"Women are made to be loved not understood"
#love your's women \(>,<)/

Monday, 6 May 2013

Dulu dan sekarang..

Dulu, bila kawan-kawan bawak makan di McDonald, aku tidak berminat langsung, malah aku selalu berkata dalam hati
"Apalah sangat McDonald tu. KFC lagi sedap.Lagi kenyang".
Tapi sekarang, boleh dikatakan hari-hari pun aku sanggup pergi McDonald gara-gara ini















#McFlurryOreo


Sedap.Manis.Pekat.

Hanya Dia

Kita haruslah percaya bahawa
Semuanya...
Cuma dengan izin-Nya, diakui..
Jadi ..............
Bukalah hati, bukalah mata, palingkanlah telinga..
Kerana segala yang terjadi itu adalah yang terbaik
Buat kita, buat mereka dan untuk semua..
Mahupun kita percaya ia adalah tersirat di sebalik tersurat..
Kerana kita ada tangan untuk kita bersatu
Kerana kita akal untuk kita menjana
Kerana kita ada hati untuk kita mengerti..
Sebab hati adalah kunci segala yang terjadi..
DIA yang Maha Mengetahui akan melihat hati
Jadi, janganlah sangsi kerana yang terjadi itu belum pasti hakiki..
Yang penting kita percaya pada-Nya..
Yang penting doa kita kepada-Nya..
Kita haruslah sedar kita bukan siapa-siapa
Melainkan makhluk Dia yang Dia cipta..
Oleh itu, Dia tahu apa yang kita perlu..
Sekalipun terjadi sesuatu, Jangan kita lupa bahawa.....













#ThankYouMyLord. Amin

Thursday, 2 May 2013

Jenama #SPIRIT tiruan


Ini jam tangan baruku #spirit.
Jam tangan lamaku hilang di rumah sewaku. (hahha..ber'ku' la pula)
Tidak la begitu mahal..
Cukup-cukup makan jak harga..
Sesuai dengan harga anak desa (tanak kampung bah ini hehe)
Jengjeng jeng...........


















Cantik tak background jam tangan baruku ? (hahaha)
Jam biasa jak. Tiruan.
Apa yang penting adalah masa.
Kerana tanpa masa, tiadalah masa lalu.
Kerana tanpa masa, tiada anatara kau dan aku .

Sehabis baik

Usaha kita.
Titik peluh kita.
Kita buat kita punya..
Tetapi, hasil yang kita dapat tetap sama. Mendatar.
Walaupun berusaha 'SEHABIS BAIK', tetapi kesannya tetap sama.
Kadang-kadang tertanya-tanya, "apakah tiada peluang untuk saya?"
Atau mungkin, saya salah guna pendekatan?
Entahlah ..Hanya mampu berserah kepada yang berkuasa.
Semoga Dia campur tangan dalam segala sesuatu yang terjadi dalam hidupku.
Minggu ini banyak perkara yang sentiasa membuatku rasa dukacita :(
Ku hanya mampu...........


Tanamkan semangat.(Pujuk diri sendiri, dan berkata 'lepas ni mahu buat yang lebih baik' haha
Orang bilang, bila niat ikhlas..segala sesuatu yang ikhlas ada balasan(baik) terjadi..
Saya sangat berharap..1 year to go (Kena struggle hand lebih la lepas ni) 
Chaiyok !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Kerana .............


Siapa lagi kan kalau bukan kita sendiri yang majukan diri kita sendiri.
Orang lain hanya sebagai penyuntik semanagt..
Yang bergerak kita, bukan mereka.




Sunday, 28 April 2013

Hanya air mata

Hari ini ...apa yang terjadi, apa yang dirasai, apa yang didengari, semuanya menguris hati..
Tiada siapa yang tahu, tiada siapa yang menyapa malah ada yang ketawa..
Interaksi mata, interaksi bahasa..tanpa suara, aku tahu apa jawabnya..
Kerana aku biasa dengan keadaan mereka....
Aku biasa menangis sepi tanpa bahasa..
Bila aku berlaku tidak sempurna, aku tahu aku salah di mata mereka
Bila aku berlaku sempurna, mereka rasa itu perkara luar biasa
Kadang-kadang aku selalu terasa kerana bukan apa..
Kernanya aku biasa kena pandang begitu rupa..
Aku selalu menganggap persepsi pertama mereka selalunya tidak kena
Kata aku.........................................



#CONFUSING





Semuanya semalam

Semalam muram.
Semalam suram.
Macam padam.
Macam diam-diam.
Hati kata jangan.
Jiwa kata biarkan.
Aku kata peduli la.
Jiwa sudah tersiksa kan.
Biarlah dia.
Sudah berkali aku kata.
Jangan cuba-cuba.
Kesabaranku tak dalam.
Bila aku mula mencuba.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja halangan di hadapan.
Adakah memangnya tiada ruang?
Adakah memangnya tiada masa?

Agak-agaknya aku harus begini...


#Do whatever you want.

Monday, 22 April 2013

#Cerita 1 VS #Cerita 2

#Cerita 1:      Hari ini hari Selasa. Semua orang rasa bahagia. Semua orang rasa selesa. Jeling sana, dia ketawa. Jeling sini, dia tayang gigi. Semuanya serba-serbi. Kemarin lain lagi. Ada yang cakap tak puas ati. Ada yang berdiam diri. Tak seperti hari ini. Semuanya senang hati. Dalam hatiku berkata "apakah mereka buang tabiat?".. Ah, itu cuma ilusiku. Tapi apa yang pasti, semuanya berseri-seri.


#Cerita 2 :  Hari ini ada c kawan kol. Pagi-pagi dah kol.."Just wish me luck". Si kawan berkata begitu. Apa lagi, saya balas, "Wish u luck my baby"..Walaupun wajahnya tiada di depan mata, namun hati kami tetap bersama. Muka kami tetap bersua...Kerana yang pasti .............


Sunday, 7 April 2013

My wish


#ILoveYou

Bisikan semalam

Semalam ketika hatiku berbisik
Jiwaku sedikit terusik
Urat-uratku seakan-akan digolek
Sakitnya hati tak terperi
Ketika dia memberi kata hati
Kata hati yang membuatkan aku rasa tak dihargai
Kata hati yang paling aku takuti

Apa yang pasti aku tetap berdiri
Apa yang pasti aku tetap teguh memegang jari
Takkan ku lepaskan
Takkan ku putuskan
Selagi tanganmu memegang erat tanganku
Selagi nafasmu menghembuskan nama cintaku
Selagi jam hidupmu berputar dalam riwayat cintaku.
Akan ku pegang segala janji.
Akan ku setia pada kata.

















Namun aku ingin kau tahu
Aku ingin kau tahu apa yang terbuku
Cinta itu milik kita
Masa itu milik kita
Rasa itu milik kita
Puisi cita itu milik kita
Syair rindu itu hak kita
Tapi nafas segala sesuatu itu hanya Tuhan yang tahu

Aku tiada kuasa untuk memetik bintang melangkau masa
Ku cuma layak bermadah kata
Kerana itu kuasa yang aku ada.

Tuesday, 26 March 2013

Bila kita fikir

Bila kita fikir kita adalah terbaik, tapi ada lagi yang lebih daripada kita.
Bila kita anggap kita tidak sempurna, kawan-kawan kita selalu cakap
"Semua kita tidak sempurna"
Bila kita rasa sedih, sebenarnya ada lagi orang yang lebih sedih dari kita.
Bila kita merindui seseorang, sebenarnya kita juga dirindui oleh seseorang yang kita tidak pernah tahu
Bila kita marah seseorang, sebenarnya kita memarahi diri sendiri
Kenapa kita selalu tidak sedar?
Kenapa kita selalu tidak bersyukur?
Kenapa kita selalu bertindak melulu?
Sebab kita jarang mahu ambil tahu tentang HIKMAH sesuatu
Sebab kita jarang mahu ambil tahu tentang ISI HATI seseorang
Sebab kita selalu fikirkan DIRI SENDIRI
Kita tidak peduli kita tidak mengakui
Sebab kita takut kena perli sebab kita takut jatuh prestasi diri.
Fikir-fikir la sendiri 
Kita ini hidup saling melengkapi.
Jangan kita lupa diri jangan kita selalu meninggi diri
Kerana apa yang kita miliki tidak akan kekal abadi.





Sunday, 17 March 2013

Sejenak hati berkata

Dalam hidup ini kadang-kadang terjadi
Jalan terasa tak berhujung
Harapan pupus di tengah usaha
Hati terasa kering dan gersang
Ketika semua sahabat meninggalkanku
Tapi ku percaya dan aku yakin
Bahawa Tuhan ku tak pernah meninggalkanku
Seorang diri mengharungi ranjau berduri erti kehidupan
Sebab ku tahu kerana Dialah merentas segala-galanya
Kerana Dia mengetahui antara garisan-garisan kehidupan
Kerana Dia aku terus berjalan dalam kehidupan
Walaupun liku tetap berani memberi duri
Akan ku teruskan dengan sebuah erti
Aku percaya di setiap langkahku


#Harungilah walaupun berduri. Selamilah walau dalamnya tak terperi. Berjalanlah dengan satu erti. Melangkahlah dengan penuh tabah. Kerana Dia tetap bersama kita selama-lamanya. Amen.

Saturday, 16 March 2013

Diulit Mimpi Di Siang Hari

Alahai Sang Mimpi
Hari ini mimpi di siang hari
Tiba-tiba wajah tanpa misteri wujud dalam mimpi
Ku mengerti
Walaupun kurang pasti
Tapi itulah....
Sentiasa membuatku ragu-ragu
Selalu membuatkan mataku layu
Kadang-kadang bila mata terpandang
Rupanya jiwaku tak tenang
Ada sahaja fikirku jiwang-jiwang
Walaupun ku tahu ku tak mampu
Walaupun ku tahu kita berbeza
Ku hanya bisa memuji
Ku hanya bisa menyanyi sepi
Ku harap hanya mimpi di siang hari
Yang tidak pasti menjadi realiti
Tapi di kemudian hari siapa yang tahu?
Ku hanya berharap agar kita hanya seperti gambar
Kaku dan bisu seperti kayu
Bila ditiup angin ia melambai
Ku hanya berharap agar ini adalah satu ilusi
Yang akan terpadam saat dalam dunia realiti
Yang hanya SANG PENCIPTA tahu segala isi



#Senyumlah wahai mimpi kerana itu sahaja yang mampu mendekatkan antara kau dan saya :)

Wednesday, 13 March 2013

Si Baju Biru

Si Baju Biru
Diam-diam menarik hatiku
Diam-diam menarik perhatianku

Si Baju Biru
Selalu kutunggu di setiap waktu
Selalu ku pandang di padang hatiku

Si Baju biru
Janganlah kau mencari cinta dengan materi
Tetapi miliki cinta dari hati yang suci

Kerana cinta bukan hiasan
Kerana cinta bukan pameran

Tetapi cinta adalah kita
Cinta adalah apa adanya
Kita adalah cinta



Suara itu

Tadi........
Suara itu berlagu
Suara itu merdu
Germisiknya menyapa jiwa
Sungguh indah anugerah Sang Pencipta

Tadi......
Suara itu berani
Suara itu hakiki
Sungguh mengusik minda
Mengusik semua mata semua telinga

Andai suara itu mengerti
Andai suara itu menyedari
Suara hati si pemuji sepi
Apakah suara itu tetap kaku?
Apakah suara itu tetap bisu?


Sunday, 10 March 2013

Gema Di Sanubari

Aku adalah manusia yang lemah
Dengan segala kecetakan ilmu
Aku adalah manusia berdosa
Dengan segala dosa di alam fana

Sesekali duka melanda
Dengan tiada terhingga
Tiada kuduga akan pentingnya

Sesekali rindu terbuku
Alangkah gemanya di jiwa
Yang tak terduga
Akan menjelma kadangkala
Membuatkan ku terpaksa merindu

Dalam hembusan kalbu
Akan kurujuk walau terpaksa
Akan kupujuk walau dipaksa
 Di bawah bayu angin lalu


#Menulis bukan semata-mata untuk ganjaran, tetapi ia dapat menjadikan kalbu kita berkembang :)

Saturday, 9 March 2013

Mood

Perasaan anda hari ini \(>.<)/


Adakah 1 atau 2 atau 3 atau 4 ?
 Mungkin 4 atau 6 mahupun 7 dan 8 ?

Walau apa-apapun perasaan kita, berusahalah untuk mengawalnya (jika nombor 1, 6,7 dan 8). Hal demikian kerana setiap reaksi, perkataan atau perlakuan kita sangat mempengaruhi persekitaran kita terutamanya insan-insan yang berada di sekeliling kita.
Walaupun kita kerap kali gagal mengawalnya, katakan pada hati pujuklah sanubari agar kita berjaya mengawal emosi.
Dalam hidup ini, terdapat huruf 'Q' yang penting. Tanpa tiga huruf 'Q' ini, kita akan menjadi manusia yang hilang arah hidupnya, hilang keperluannya, hilang cantiknya, hilang machonya.

| IQ | SQ | EQ |

Tapi kadang-kadang kita rebah, harapan kita punah, hati kita pecah
Usah kita risau, usah kita hilang arah
Hadapilah dengan gah, dengan kental, dengan sabar
Kerana segalanya ada hikmah
DIA merancang sesuatu yang indah pada waktunya
Kita hanya perlu BERDOA & PERCAYA pada Dia
Nyatakalah dengan bersungguh-sungguh
Serahkanlah seluruh jiwa ragamu
Serahkanlah segala masalahmu, kerungsinganmu kepadaNya
Serahkanlah semuanya dalam doamu
Jangan kita lupa mengucapkan syukur, terima kasih
Jangan kita lupa bahawa Dia menjadikan segala sesuatu
Baik.Buruk.Sedih.Gembira.Pandai.Pintar.
Kelebihanmu.Kekuranganmu.
Semuanya anugerahNya.
Sentiasalah kita bersyukur ke atas apa adanya kita 
Masa lalu.Masa sekarang.Akan datang.



#The greatest prayer is patience.GBUs


Friday, 8 March 2013

Inspirasi Di Pagi Sabtu

Apa kata inspirasi?

Inspirasi akan selalu BERNYANYI


Kerana inspirasi tidak pernah MENJELASKAN


#Dont give up. The beginning is always hardest.

Selamat pagi Sabtu \(>.<)/

Our Life

My LIFE.
Your LIFE.
Our LIFE.


sunday night :)

whatever .. your life is your's.

#the beauty of life is in YOUR'S hand :)

Cooperate

 "Berat mata 
memandang,
berat lagi bahu 
memikul "


Jadilah seperti semut. 
Sentiasa berkerjasama dalam mencapai sesuatu matlamat.

Mathematics of Life

What is LIFE ?
I love life formula :)


Mathematic of LIFE.

Life is about being YOURSELF
someone only you can BE
someone only you can UNDERSTAND
someone that is unlike everyone ELSE
someone that doesn't copy others to look the SAME

someone who is extremely UNIQUE
BECAUSE YOU is YOU
Be ORIGINAL. Be CREATIVE.

#Life is gift. Never forget to enjoy and bask in every moment YOU are in.

ALTHOUGH YOU ARE ..
.
..
..
...
.....

Never.Never.Never.
never sad for what is over
that be glad that it was once YOU

AND
.
.
.
.

#Be happy. Be yourself. Life must go on.


Thursday, 7 March 2013

Friday say..

Today is Friday.


And
Learn 
A Word
A Day is...


#Be thankful for everthing. #Less complain

Muhasabah Diri


Sikap saling mengkritik & saling menyalahkan tidak akan mendatangkan apa-apa faedah melainkan merumitkan lagi keadaan.

#muhasabah diri

Bersepah


"BERSEPAH"

Nostalgia semalam
 Hari ini terasa bahangnya
Kenangan kelmarin
Hari esok terasa kelmarinnya

Kadang-Kadang lapang
Kadang-kadang tenang

Namun
Ada  yang binasa
Ada  yang lupa
Ada yang curiga
Ada juga yang sambil lewa

Sengaja 
Buat malapetaka
Buat kita kecewa

Malah
Yang mengkritik
Yang dikritik
Yang dipersalah
Yang pura-pura gah

Pahit.
Perit.
Sakit.
Rumit.
Itu rumus.

Semuanya bersepah.
Seolah-olah sampah.







Sunday, 3 March 2013

RencanaNya

Shallom, selamat petang.

Hari ini dan semalam adalah rencanaNya
Hari esok dan hari-hari akan datang adalah rancangaNya
Kita tidak tahu
Kita tidak mengerti
Apa yang tersurat

Dan 
Apa yang... 

TERSIRAT 


Tetapi kita diajar untuk berdoa
Dalam doa kita bersyukur
Bersyukur dan terus bersyukur

kekadang
kita terlupa.
kita alpa.
kita buta.


Tuhan itu Maha Baik

"No matter what you have done wrong in life, God will forgive you if you will ask Him to #Joyce Meyer


#Keep praying.Gbu.

Think Positive

Hai everyone..


don't you dare to stop think about the positive things..
and
.
.
.
.
.
positive things will happen .


and
.
.
.
.

Cool.
Patient.


 Because everything comes to you in the right moment.


Relax, it's Sunday

It is Sunday think....




but there's always think this things tonight


.
.
.
.
.
.
.
haha..that's right ?
 whatever we think
whatever me others think 
let thinks ...




# Think big thoughts but relish small pleasures :)
Bye.