Semalam muram.
Semalam suram.
Macam padam.
Macam diam-diam.
Hati kata jangan.
Jiwa kata biarkan.
Aku kata peduli la.
Jiwa sudah tersiksa kan.
Biarlah dia.
Sudah berkali aku kata.
Jangan cuba-cuba.
Kesabaranku tak dalam.
Bila aku mula mencuba.
Ada sahaja yang tak kena.
Ada sahaja halangan di hadapan.
Adakah memangnya tiada ruang?
Adakah memangnya tiada masa?
Agak-agaknya aku harus begini...
#Do whatever you want.
Sunday, 28 April 2013
Monday, 22 April 2013
#Cerita 1 VS #Cerita 2
#Cerita 1: Hari ini hari Selasa. Semua orang rasa bahagia. Semua orang rasa selesa. Jeling sana, dia ketawa. Jeling sini, dia tayang gigi. Semuanya serba-serbi. Kemarin lain lagi. Ada yang cakap tak puas ati. Ada yang berdiam diri. Tak seperti hari ini. Semuanya senang hati. Dalam hatiku berkata "apakah mereka buang tabiat?".. Ah, itu cuma ilusiku. Tapi apa yang pasti, semuanya berseri-seri.
#Cerita 2 : Hari ini ada c kawan kol. Pagi-pagi dah kol.."Just wish me luck". Si kawan berkata begitu. Apa lagi, saya balas, "Wish u luck my baby"..Walaupun wajahnya tiada di depan mata, namun hati kami tetap bersama. Muka kami tetap bersua...Kerana yang pasti .............
#Cerita 2 : Hari ini ada c kawan kol. Pagi-pagi dah kol.."Just wish me luck". Si kawan berkata begitu. Apa lagi, saya balas, "Wish u luck my baby"..Walaupun wajahnya tiada di depan mata, namun hati kami tetap bersama. Muka kami tetap bersua...Kerana yang pasti .............
Sunday, 7 April 2013
Bisikan semalam
Semalam ketika hatiku berbisik
Jiwaku sedikit terusik
Urat-uratku seakan-akan digolek
Sakitnya hati tak terperi
Ketika dia memberi kata hati
Kata hati yang membuatkan aku rasa tak dihargai
Kata hati yang paling aku takuti
Apa yang pasti aku tetap berdiri
Apa yang pasti aku tetap teguh memegang jari
Takkan ku lepaskan
Takkan ku putuskan
Selagi tanganmu memegang erat tanganku
Selagi nafasmu menghembuskan nama cintaku
Selagi jam hidupmu berputar dalam riwayat cintaku.
Akan ku pegang segala janji.
Akan ku setia pada kata.
Namun aku ingin kau tahu
Aku ingin kau tahu apa yang terbuku
Cinta itu milik kita
Masa itu milik kita
Rasa itu milik kita
Puisi cita itu milik kita
Syair rindu itu hak kita
Tapi nafas segala sesuatu itu hanya Tuhan yang tahu
Aku tiada kuasa untuk memetik bintang melangkau masa
Ku cuma layak bermadah kata
Kerana itu kuasa yang aku ada.
Jiwaku sedikit terusik
Urat-uratku seakan-akan digolek
Sakitnya hati tak terperi
Ketika dia memberi kata hati
Kata hati yang membuatkan aku rasa tak dihargai
Kata hati yang paling aku takuti
Apa yang pasti aku tetap berdiri
Apa yang pasti aku tetap teguh memegang jari
Takkan ku lepaskan
Takkan ku putuskan
Selagi tanganmu memegang erat tanganku
Selagi nafasmu menghembuskan nama cintaku
Selagi jam hidupmu berputar dalam riwayat cintaku.
Akan ku pegang segala janji.
Akan ku setia pada kata.
Namun aku ingin kau tahu
Aku ingin kau tahu apa yang terbuku
Cinta itu milik kita
Masa itu milik kita
Rasa itu milik kita
Puisi cita itu milik kita
Syair rindu itu hak kita
Tapi nafas segala sesuatu itu hanya Tuhan yang tahu
Aku tiada kuasa untuk memetik bintang melangkau masa
Ku cuma layak bermadah kata
Kerana itu kuasa yang aku ada.
Tuesday, 26 March 2013
Bila kita fikir
Bila kita fikir kita adalah terbaik, tapi ada lagi yang lebih daripada kita.
Bila kita anggap kita tidak sempurna, kawan-kawan kita selalu cakap
"Semua kita tidak sempurna"
Bila kita rasa sedih, sebenarnya ada lagi orang yang lebih sedih dari kita.
Bila kita merindui seseorang, sebenarnya kita juga dirindui oleh seseorang yang kita tidak pernah tahu
Bila kita marah seseorang, sebenarnya kita memarahi diri sendiri
Kenapa kita selalu tidak sedar?
Kenapa kita selalu tidak bersyukur?
Kenapa kita selalu bertindak melulu?
Sebab kita jarang mahu ambil tahu tentang HIKMAH sesuatu
Sebab kita jarang mahu ambil tahu tentang ISI HATI seseorang
Sebab kita selalu fikirkan DIRI SENDIRI
Kita tidak peduli kita tidak mengakui
Sebab kita takut kena perli sebab kita takut jatuh prestasi diri.
Fikir-fikir la sendiri
Kita ini hidup saling melengkapi.
Jangan kita lupa diri jangan kita selalu meninggi diri
Kerana apa yang kita miliki tidak akan kekal abadi.
Sunday, 17 March 2013
Sejenak hati berkata
Dalam hidup ini kadang-kadang terjadi
Jalan terasa tak berhujung
Harapan pupus di tengah usaha
Hati terasa kering dan gersang
Ketika semua sahabat meninggalkanku
Tapi ku percaya dan aku yakin
Bahawa Tuhan ku tak pernah meninggalkanku
Seorang diri mengharungi ranjau berduri erti kehidupan
Sebab ku tahu kerana Dialah merentas segala-galanya
Kerana Dia mengetahui antara garisan-garisan kehidupan
Kerana Dia aku terus berjalan dalam kehidupan
Walaupun liku tetap berani memberi duri
Akan ku teruskan dengan sebuah erti
Aku percaya di setiap langkahku
#Harungilah walaupun berduri. Selamilah walau dalamnya tak terperi. Berjalanlah dengan satu erti. Melangkahlah dengan penuh tabah. Kerana Dia tetap bersama kita selama-lamanya. Amen.
Saturday, 16 March 2013
Diulit Mimpi Di Siang Hari
Alahai Sang Mimpi
Hari ini mimpi di siang hari
Tiba-tiba wajah tanpa misteri wujud dalam mimpi
Ku mengerti
Walaupun kurang pasti
Tapi itulah....
Sentiasa membuatku ragu-ragu
Selalu membuatkan mataku layu
Kadang-kadang bila mata terpandang
Rupanya jiwaku tak tenang
Ada sahaja fikirku jiwang-jiwang
Walaupun ku tahu ku tak mampu
Walaupun ku tahu kita berbeza
Ku hanya bisa memuji
Ku hanya bisa menyanyi sepi
Ku harap hanya mimpi di siang hari
Yang tidak pasti menjadi realiti
Tapi di kemudian hari siapa yang tahu?
Ku hanya berharap agar kita hanya seperti gambar
Kaku dan bisu seperti kayu
Bila ditiup angin ia melambai
Ku hanya berharap agar ini adalah satu ilusi
Yang akan terpadam saat dalam dunia realiti
Bila ditiup angin ia melambai
Ku hanya berharap agar ini adalah satu ilusi
Yang akan terpadam saat dalam dunia realiti
Yang hanya SANG PENCIPTA tahu segala isi
Subscribe to:
Posts (Atom)





