Dalam hidup ini kadang-kadang terjadi
Jalan terasa tak berhujung
Harapan pupus di tengah usaha
Hati terasa kering dan gersang
Ketika semua sahabat meninggalkanku
Tapi ku percaya dan aku yakin
Bahawa Tuhan ku tak pernah meninggalkanku
Seorang diri mengharungi ranjau berduri erti kehidupan
Sebab ku tahu kerana Dialah merentas segala-galanya
Kerana Dia mengetahui antara garisan-garisan kehidupan
Kerana Dia aku terus berjalan dalam kehidupan
Walaupun liku tetap berani memberi duri
Akan ku teruskan dengan sebuah erti
Aku percaya di setiap langkahku
#Harungilah walaupun berduri. Selamilah walau dalamnya tak terperi. Berjalanlah dengan satu erti. Melangkahlah dengan penuh tabah. Kerana Dia tetap bersama kita selama-lamanya. Amen.

No comments:
Post a Comment