Perasaan anda hari ini \(>.<)/
Adakah 1 atau 2 atau 3 atau 4 ?
Mungkin 4 atau 6 mahupun 7 dan 8 ?
Walau apa-apapun perasaan kita, berusahalah untuk mengawalnya (jika nombor 1, 6,7 dan 8). Hal demikian kerana setiap reaksi, perkataan atau perlakuan kita sangat mempengaruhi persekitaran kita terutamanya insan-insan yang berada di sekeliling kita.
Walaupun kita kerap kali gagal mengawalnya, katakan pada hati pujuklah sanubari agar kita berjaya mengawal emosi.
Dalam hidup ini, terdapat huruf 'Q' yang penting. Tanpa tiga huruf 'Q' ini, kita akan menjadi manusia yang hilang arah hidupnya, hilang keperluannya, hilang cantiknya, hilang machonya.
| IQ | SQ | EQ |
Tapi kadang-kadang kita rebah, harapan kita punah, hati kita pecah
Usah kita risau, usah kita hilang arah
Hadapilah dengan gah, dengan kental, dengan sabar
Kerana segalanya ada hikmah
DIA merancang sesuatu yang indah pada waktunya
Kita hanya perlu BERDOA & PERCAYA pada Dia
Nyatakalah dengan bersungguh-sungguh
Serahkanlah seluruh jiwa ragamu
Serahkanlah segala masalahmu, kerungsinganmu kepadaNya
Serahkanlah semuanya dalam doamu
Jangan kita lupa mengucapkan syukur, terima kasih
Jangan kita lupa bahawa Dia menjadikan segala sesuatu
Baik.Buruk.Sedih.Gembira.Pandai.Pintar.
Kelebihanmu.Kekuranganmu.
Semuanya anugerahNya.
Sentiasalah kita bersyukur ke atas apa adanya kita
Masa lalu.Masa sekarang.Akan datang.
#The greatest prayer is patience.GBUs



No comments:
Post a Comment